Ahad, 13 Disember 2009

Pertandngan Puisi dan Lagu Kebangsaan 2009 di Sabah Trade Center, Likas, Kota Kinabalu Sabah 16 hingga 19 Ogos 2009





Kucing-kucing peliharaan


Nobita, Pak Abu dan Sin Chan berposing bila diambil gambar.


Ini Kudut sedang bermain dengan adiknya Sin Chan.



Ini Smokey. Kalau tidur mulut mesti ternganga. Perasaan macho. Jika nak makan, mengiau, halus suaranya.



Ini gaya tidur Mok dan Sin Chan. Seksinya!!!


Ini Mok, Pak Abu, Nobita dan Sin Chan semasa berumur 6 minggu. Suka tengok cara mereka tidur. Macam disusun. Sebenarnya mereka ini baru lepas menyusu dengan ibunya (Mak Kucing @ Memey).

Kudut

Kudut - diberi nama Kudut kerana semasa kecil terlalu kecil dan kurus. Merupakan abang kepada Mok, Nobita, Sin Chan dan Pak Abu tetapi berlainan bapa. Kucing paling disayang. Pendiam, suka bersendirian, penyayang, suka bermain dengan adik-adiknya dan tak pernah bergaduh dengan adik-adiknya. Tetapi Kudut selalu bergaduh dengan Smokey sebabnya? Tak tahulah. Anak saya selalu bertanya kepada saya kenapa Kudut selalu bergaduh dengan Smokey dan akhirnya saya memberi jawapan yang paling bernas (agaknya) iaitu Kudut selalu beritahu Smokey yang 'buahnya' hitam dan Smokey membalas yang 'buah' Kudut kecil. Itulah sebabnya mereka selalu bergaduh. Masalahnya, suara Kudut memang macam suara bapuk. Badan besar tetapi suaranya macam kucing betina.
Ini Nobita. Adik kepada Mok dan abang kepada Sin Chan dan Pak Abu. Merupakan kucing yang pendiam tetapi aktif bermain dengan tikus mainan. Suka makan apam balik sebab manis agaknya. Kenapa dipanggil Nobita? Sebab mukannya macam orang Jepun. Suka menyendiri dan tidak suka mengganggu yang lain. Kucing yang baik dan tidak menyusahkan.

Sin Chan

Ini Sin Chan. Abang kepada Pak Abu dan adik kepada Mok. Mangsa buli Pak Abu. Hobi tidur di dapur sebab mudah dapat makanan percuma.

PAK ABU yang kelabu


Ini Pak Abu, adik bongsu kepada Mok. Dia suka makan kepala ikan rebus. Daging ikan, dia tak berapa gemar. Jika diberi kepala ikan, 5 ketul pun boleh habis dia makan. Penghibur keluarga. Suka membuli abangnya Sin Chan.

Kucingku - MOK


MOK, telah pun menjadi aruah pada jam 7.15 pagi, 13 Disember 2009. Kehadirannya telah menceriakan kehidupan kami sekeluarga. Pemergiannya ditangisi tetapi apa nak dibuat Allah lebih sayangkannya. Walaupun hati ini terlalu sedih apa nak dibuat terpaksa menerima hakikat yang beliau terpaksa meninggalkan kami. Kerenahnya yang mencuit hati telah tiada lagi hanya tinggal kenangan. Makanan kegemarannya ialah ikan cencaru kukus. Jika diberi ikan pelaling atau ikan sardin, ia tak mahu makan. Makanannya mesti lebih dari yang lain sebab dia gemuk. Terima kasih MOK semoga anda bahagia di sana.